RSS
Facebook
Twitter

Monday 12 September 2016

2.4.2 Kedudukan Agama Islam
Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi Perlembagaan Persekutuan juga memberi kebebasan kepada semus individu untuk mengamalkan agamanya sendiri secara aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan. Raja/sultan bertindak sebagai Ketua Agama di negerinya. Manakala, YDPA juga berperanan sebagai Ketua Agama Islam hanya di negerinya sahaja, Melaka, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan termasuk Sabah dan Sarawak. Mengikut perlembagaan, agama Islam terletak dalam Senarai Negeri. Ini bermaksud hanya negeri-negeri sahaja yang berkuasa dalam hal perundangan agama Islam. Antara perkara yang terkandung di bawah kuasa perundangan negeri mengenai Islam ialah:
  1.  Pewaris(berwasiat dan tidak berwasiat)
  2. Munakahat(oertunangan, perkahwinan, penceraian, nafkah, mas kahwin dll)
  3. Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat.
  4. Adat istiadat Melayu.
  5. Zakat,Ffitrah dan Baitulam.
  6. Masjid atau tempat solat awam.
  7. Mengadakan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam terhadap orang islam  (kecuali perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan)
  8. Keanggotaan,susunan dan tatacara Mahkamah Syariah.
  9. Mengawal perkembangan doktrin dan kepercayaan dalam kalangan penganut agama islam.

0 comments:

Post a Comment

  • Unordered List

  • More Text