RSS
Facebook
Twitter

Thursday 15 September 2016

2.4.5  HAK ASASI

  • Hak asasi ialah perkara asas yang perlu dinikmati oleh rakyat.Perlembagaan Malaysia memberikan setiap individu mendapat hak yang bersesuian dengan fitrahnya sebagai pengiktirafan yang bersesuaian kepada peranan dan sumbangan yang diberikan.

  • Istilah 'Kebebasan Asasi' yang diguna pakai dalam perlembagaan merujuk hak asasi yang diberikan kepada rakyat.Bahagian II, Perkara 5 hingga 13 dalam Perlembagaaan Persekutuan memperuntukan sembilan hak asasi seperti yang berikut:

                                            a.  Kebebasan diri
  • Perkara mengenai kebebasan diri telah  diperuntukan dalam Fasal 1,Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan tidak seorang pun boleh diambil nyawanya dan dilucutkan dirinya kecuali menurut undang-undang. [1]  Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu dengan seberapa segera sebab-sebab dia ditangkap dan dia dibenarkan untuk membela diri oleh seorang peguam yang dipilih olehnya sendiri.Selain itu, seseorang yang ditangkap dan tidak akan dilepaskan hendaklah dibawa jehadapan seorang majistret dalam masa 24 jam.


b.  Keabdian dan kerja paksa dilarang.
Pekara 6 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, memperuntukan bahawa tidak seorang pun boleh ditahan sebagai abdi dan kerja paksa.[2] Segala jenis kerja adalah dilarang tetapi parlimen boleh dengan undang-undang , membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan untuk maksud-maksud Negara.Kerja yang berkaitan dengan menjalankan hukuman penjara tidaklah dianggap sebgai kerja paksa.

c.  Perlindungan daripada undang-undang jenayah kuat kuasa ke belakang dan perbicaraan berulang.
  • Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang kuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang Perlembagaan Persekutuan Malaysia .Melalui Perkara 7, memperuntukan tidak seorang pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada masa perbuatan itu dilakukan dan tidak sesiapa juga boleh menanggung hukuman yang lebih berat bagi sesuatu kesalahan daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa kesalahan itu dilakaukan.
Fasal 2 memperuntuksn bahawa seseorang yang telah dibebaskan ataupun disabitkan dengan kesalahan tidak boleh dibicarakan sekali lagi di atas kesalahan yang sama kecuali jika sabitana atau pembebasan itu telah dibatalkan dan perbicaraan semula diperintahkan oleh makahmah atasasn mengenai perkara yang telah dibebaskan ataupun disabitkan kesalahan.

d.  Kesamarataan.

  • Perlembaggaan persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendaopat perlindungan yang sama.Fsasal 2 memperuntuksn seseorang warganegara itu tidak boleh dibezakan semata-mata atas sbab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir.Walaubagaimanapun pengecualian terdapat dalam Perkara 153 yang memperuntukan layana istimewa bagi orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain di sabah dan serawak dalam beberapa lapangan seperti pemegang jawatan-jawatan dalm perkhidmatan awam, pemberian permit serta lesen.

e.  Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak.


  • Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa tidak seorang pun warganegara yang boleh dibuang negeri atau ditahan daripada masuk ke dalam Persekutuan. Setiap warganegara berhak bergerak dengan bebasnya dan bermastautin di mana-mana bahagian Persekutuan. Walaubagaimanapun hal ini tertakluk kepada undang-undang imegresen yang berkaitan dengan Sabah dan Sarawak. Keadaan ini tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan denga keselamatan Persekutuan seperti ketenteraman awam, kesihatan awam dan hukuman yang dikenakan kepada pesalah.

f.  Kebebasan beragama.

  • Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, tetapi setiap warganegara Malaysia berhak mengamalkan agama masing-masing. Setiap Individu berhak untuk mengembangkan agamanya, tetapi undang-undang negeri dan undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama dikalangan orang yang menganut agama Islam. Walau bagaimanapun, kebebasan diberikan kepada kerja-kerja mubaligh di kalangan orang bukan Islam.

  • Manakala di Sabah dan Sarawak pula, undang-undang negeri yang ingin menyekat apa-apa agama, iktikad dan kepercayaan di kalangan orang Islam berkehendakkan undi sebanyak 23 daripada jumlah bilangan anggota Dewan Undangan Negeri. Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk:
          i.     Menguruskan hal-ehwal agama sendiri.
      ii.     Menubuh dan menyelenggara yayasan-yayasan bagi maksud agama dan khiarat.
     iii.     Memperoleh dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkan mengikut undang-undang.

g.  Hak terhadap pendidikan.

Perkara 12 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan tentang hak mengenai pelajaran. Tidak terdapat sebarang perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-mata kerana agama, kaum, keturunan, tempat lahir untuk mendapatkan pendidikan, iaitu:

          i.  Dalam pentadbiran mana-mana yayasan pelajaran yang diselengarakan oleh suatu pihak kuasa awam tentang kemasukan murid-murid atau pelajar mengenai bayaran.
         ii.  Tentang memperuntukan kewangan dan bantuan pihak berkuasa awam bagi menanggung atau membiayai murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana yayasan tertakluk kepada Perkara 153.
  • Tiap-tiap kumpulan agama diberi kebebasan untuk menubuh dan menyelenggara yayasan-yayasan untuk pelajaran kanak-kanak atau mengenai agama kumpulan itu. Selain itu, tidak terdapat perbezaan semata-mata sebab agama dalam mana-mana undang-undang berkaitan dengan yayasan itu, tetapi dalam undang-undang persekutuan dan negeri, boleh mengadakan bantuan kewangan khas bagi menyelenggara Yayasan Islam atau mengajar mengenai agama Islam kepada penganutnya. Tidak seorang pun diwajibkan menerima apa-apa ajaran mengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang bagi sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.

h.  Hak terhadap harta.

  • Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tidak seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali menurut undang-undang. Undang-undang juga tidak boleh membuat peruntukan untuk mengambil atau menggunakan harta dengan paksa tanpa pampasan yang mencukupi.



    Perlembagaan tidak menyekat kebebasan dan pergerakan individu kecuali atas faktor keselamatan, kesihatan awam dan hukuman.Namun begitu,pergerakan individu dari Semenanjung ke sabah dan sarawak adalh tertakluk kepada undang-undang imegresen negeri terbabit seperti yang telah dipersetujui ketika pembentukan Persekutuaan Malaysia 1963

  • Walau bagaimanapun,isu-isu sensitif seperti isu yang berkaitan dengan agama , bahasa kebangsaan , hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Raja-raja Melayu adalah dilarang untuk dibicarakan secara terbuka.Isu terbabit perlu difahami dan tidak disentuh sewenang-wenangnya dan menjaga perpaduan dan keharmonian hidup masyarakat Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

  • Unordered List

  • More Text