RSS
Facebook
Twitter

Sunday 18 September 2016

2.5  kontrak sosial



     
  1.  Kontrak sosial adalah perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga bermaksud dokumen yang mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang berkaitan dengan kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Ia juga merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina danIndia. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara Malaysia dan seterusnya menentukan sifat sesebuah Negara..

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Kontrak Sosial?


  1. kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai di kalangan para pemimpin berikut
  • MELAYU
  • CINA
  • INDIA 
    2. Parti yang mereka mewakili ialah UMNO,MIC dan MCA.Bagaimanapun, kontrak                sosiaharus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang              kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu. Permuafakatan itu                  mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan                      Perikatan dalam pilihan raya 1955. Rakyat perlu memahami fakta sejarah bahawa            kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah.


kaum yang terlibat dalam kontrak sosial
[kaum melayu,cina dan india]

  • Musyawarah adalah proses pembahasan suatu persoalan dengan maksud mencapai keputusan bersama atau mufakat di mana mufakat sendiri adalah kesepakatan yang di hasilkan setelah melakukan proses pembahasan dan perundingan bersama. Jadi musyawarah mufakat merupakan proses membahas persoalan secara bersama demi mencapai kesepakatan bersama.



Kekeliruan mengenai kontrak sosial.

  •  Perdebatan mengenai kontrak sosial hangat dibincangkan di media tempatan apabila akhbar Mingguan Malaysia pada 14 Ogos 2005 menyiarkan laporan yang memetik ucapan Presiden Parti Gerakan, Datuk Seri Lim Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik di negara ini melupakan formula kontrak sosial antara kaum kerana ia didakwa membuatkan masyarakat Cina dan India merasa ‘kecil hati'. Berikutan itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas kenyataan tersebut dengan mendakwa ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Reaksi serupa daripada kalangan beberapa pemimpin UMNO turut disiarkan di media.
  • Datuk Seri Lim Keng Yaik kemudian menafikan beliau membuat kenyataan tersebut sambil mendakwa bahawa kata-kata beliau telah disalah tafsir. Bagaimanapun beliau telah memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan bahawa beliau tidak pernah berhasrat mempersoalkan atau menukar formula kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semasa Negara mencapai kemerdekaan. Sehubungan dengan itu juga. Kabinet pada 17 Ogos 2005 mengarahkan supaya semua perdebatan mengenai isu tersebut dihentikan.




Mengapa Isu Kontrak Sosial Timbul?

  • Isu ini timbul mungkin kerana kontrak sosial ini telah dibentangkan kepada masyarakat sebagai satu persetujuan antara elit pada masa tertentu, dalam keadaan tertentu. Ini menyebabkan generasi baru menganggapnya sebagai tidak lagi relevan. Sebahagian masyarakat bukan Melayu juga menganggapnya kontrak sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan. Ia suatu pemberian yang diberikan kepada mereka yang pada masa itu yang merupakan imigran atau keturunan imigran.Oleh sebab itu generasi bukan Melayu sekarang menganggapnya sebagai sesuatu yang sudah berlalu. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera adalah sebahagian daripada kontrak sosial. Oleh kerana bukan Melayu diberikan kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberikan perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa. Kepada mereka kompromi ini terikat kepada masa tertentu, jadi mereka tidak nampak relevannya sekarang.


Apakah Perkara Penting Perlu Difahami Dalam Kontrak Sosial?

  • Rakyat Malaysia perlu memahami kontak sosial dengan jelas berdasarkan kepada fakta sejarah. Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya tentang hubung kaitnya kepada empat perkara utama iaitu - perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara. Tanpa kontrak sosial mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat. Kontrak sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Kontrak sosial juga asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan.



Apakah Hubung Kait Kontrak Sosial Dengan Negara dan Bangsa Malaysia?


  • Perlembagaan Persekutuan diwujudkan hasil daripada kontrak sosial yang dilahirkan daripada permuafakatan pelbagai kaum di negara ini. Perlembagaan itulah juga yang mentakrifkan negara kita serta menentukan sifat bangsa dan negara Malaysia.Malaysia adalah Negara berbilang kaum yang wujud daripada konsep Malay polity atau sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 memberikan kewarganegaraan terbuka kepada bukan Melayu, sebahagiannya imigran dan diterima secara automatis sebagai warga Negara dan diberikan jus soli.Inilah antara sifat negara dan bangsa Malaysia yang harus difahami - berbilang kaum tetapi berakar umbi dalam sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan juga mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi dan sistem pemerintahan beraja.



Adakah Kontrak Sosial Terkandung Dalam Perlembagaan?

  • Kontrak sosial bukan istilah yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 tetapi permuafakatan yang mewakili semangat Perlembagaan. Dengan adanya kontrak sosial ketika proses ke arah mencapai kemerdekaan, usaha telah dapat dilakukan untuk menggubal Perlembagaan. Ia merupakan muafakat antara kaum yang mewarnai Perlembagaan, persepakatan yang diterjemahkan ke dalam Perlembagaan. Walaupun istilah kontrak sosial tidak ada dalam Perlembagaan tetapi semangatnya ada pada ciri-ciri perlemba(penggatian beri memberi)gaan itu.



Prinsip quid pro quo


  • Prinsip quid pro quo merupakan penggantian beri memberi antara orang melayu dan orang bukan melayu dalam kontrak dalam perlembagaan persekutuan
  • Orang melayu bersedia mengubah tanah asal tumpah darah keturunan mereka menjadi tanah perkongsian dengan orang cina dan india.
  • Melalui permuafakatan sosial ini , penggantian beri memberi atau quid pro quo berlaku antara orang melayu dan bukan melayu.
  • Orang melayu bersetuju memberikan hak kewarnegaraan berdasarkan prinsip jus soli kepada orang bukan melayu dengan syarat kedudukan orang melayu dikekalkan.



                                 
Syarat kandungan kontrak sosial.

  1. Pemerintahan beraja mutlak ditukar kepada system Raja Berpelembagaan.
  2. Kedudukan istimewa orang melayu dipelihara sebagai tanggungjawab khas yang di-pertuan Agong.
  3. Agama islam dijadikan sebagai agama rasmi persekutuan.
  4. Bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan. 


0 comments:

Post a Comment

  • Unordered List

  • More Text