RSS
Facebook
Twitter

Monday 12 September 2016

2.4.3 Hak Istimewa Orang Melayu


Hak-hak istimewa orang melayu dan bumiputera dinyatakan dalam perkara 153(1) Perlembagaan Persekutuan. YDPA bertanggungjawab untuk menjamin kedudukan orang melayu dan juga melindungi hak kaum lain. Hak istimewa orang melayu merujuk kepada tiga perkara utama, iaitu perkhidmatan awam,ekonomi dan pendidikan. Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan orang melayu sebagai:

  1. seorang yang beragama islam
  2. bertutur menggunakan bahasa melayu
  3. mengamalkan adat budaya melayu
  4. lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapura, atau sseorang itu telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura pada hari merdeka.
      Berdasarkan peruntukan Perkara 153(2), YDPA atas nasihat Jemaah Menteri bertanggungjawab untuk menentukan perizaban jawatan di dalam sektor awam bagi orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. Tujuan kuota atau perizaban ini diadakan adalah untuk mengimbangi pola kakitangan awam dalam sektor awam yang didominasi oleh orang asing sebelum dan pada awal tahun-tahun Kemerdekaan. Kebanyakan jawatan rendah dalam pentadbiran Tanah Melayu semasa penjajahan British dipegang oleh golongan kaum lain terutama orang India dan Sri Langka yang boleh bertutur bahasa inggeris. Jawatan tinggi pula dipegang oleh pegawai-pegawai British.

      Bagi aspek ekonomi, YDPA bertanggungjawab membantu urusan orang-orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam urusan perniagaan dan perdagangan seperti dalam Perkara 153(6) Perlembagaan Persekutuan. YDPA berhak mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk memberi kelulusan permit atau lesen perniagaan dan perdagangan kepada orang Melayu mengikut kadar perizaban. Mereka juga hendaklah diberikan bantuan untuk menjalankan usaha-usaha dagang dalam sektor ekonomi dan industri. Bantuan ini adalah bertujuan mengimbangi kedudukan ekonomi kaum lain yang jauh lebih maju berbanding dengan ekonomi orang Melayu kesan daripada amalan penjajah.

      Kebanyakan orang Melayu masih buta huruf ketika British menjajah Tanah Melayu, sedangkan pendidikan merupakan asas kemajuan dalam bidang ekonomi dan politik. Sehubungan itu, YDPA bertanggungjawab melindungi keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam pemberian biasiswa, bantuan dan keistimewaan pelajaran. serta latihan atau kemudahan khas yang diberikan atau diadakan oleh kerajaan Persekutuan. Peruntukan ini terdapat di dalam Fasal 2 Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

     Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain adalah berkaitan dengan tanah rizab Melayu yag termaktub dalam Perkara 89 dan 90 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 89 menyentuh tentang tanah rizab Melayu, manakala Perkara 90 menyentuh tentang pengecualian undang-undang yang ada berkenaan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka serta tanah pegangan Melayu di Terengganu.



     Selain itu, Perkara 8(5)(f) mengehadkan pengambilan kemasukan dalam perkhidmatan Rejimen Askar Melayu kepada orang Melayu. Namun, kemasukan ke rejimen tentera yang lain adalah terbuka kepada semua kaum di Malaysia dan tiada sekatan dikenakan.

0 comments:

Post a Comment

  • Unordered List

  • More Text